Tiada Sekatan Servis Penghantaran Makanan Sepanjang Tempoh PKP Fasa 2 Di Terengganu

TULAR:
1890

Menurut Polis Terengganu, setakat ini pihak polis khususnya di negeri Terengganu tidak menyekat mana-mana pihak yang menjalankan servis penghantaran makanan selagi mematuhi waktu yang dibenarkan iaitu mulai 7.00 pagi hingga 6.00 petang, dan memberikan bukti-bukti adanya senarai tempahan dan juga barang yang ditempah (makanan).

Yang tidak dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah penjual yang bergerak menggunakan kenderaan seperti van atau motosikal (Rujuk Laman Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Majlis Perbandaran Daerah) kerana boleh mengundang orang ramai untuk berhimpun tanpa penjarakan sosial.

Namun begitu, pihak polis tetap menyeru agar orang ramai menghadkan pergerakan dan hanya keluar rumah untuk tujuan yang mustahak sahaja serta elakkan keluar dengan kerap. Selebihnya, duduklah di rumah demi mengelakkan daripada terkena wabak covid-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI