Tiada Syarat Jalani Pemeriksaan Fizikal Kepada Golongan Umur 60 Tahun Ke Atas Untuk Memperbaharui Lesen

TULAR:
187

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

JPJ Malaysia ingin menjelaskan terdapat mesej tular melalui platform media sosial berkenaan syarat tambahan kepada golongan warga emas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan, sebelum memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Untuk makluman, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ Malaysia TIDAK meletakkan apa-apa syarat tambahan kepada golongan warga emas bagi memperbaharui LMM. Proses pembaharuan LMM bagi golongan warga emas adalah masih tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER:
Facebook Rasmi JPJ

X Rasmi JPJ

Instagram JPJ

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI