Tiga Pelajar Dijangkiti H1N1 Di Melaka ?

TULAR:
320
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN : 

Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa tiga pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dijangkiti virus Influenza A H1N1 sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan.Sumber gambar : nst.com.my

Menurut Kementerian Kesihatan, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan tiga pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dijangkiti virus Influenza A H1N1 seperti yang tular di media sosial.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai dakwaan tersebut dan memantau rapi perkembangan perkara itu.

SUMBER : 
Bernama

Kosmo

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI