![Untitled](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2017/07/Untitled-13.png?resize=521%2C357&ssl=1)
PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengalami kekurangan bekalan vaksin rabies.
![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2017/07/Untitled-12-300x218.png?resize=300%2C218)
SEBENARNYA :
Kementerian Kesihatan memiliki simpanan 8,000 vaksin bagi mencegah jangkitan penyakit Rabies, dan daripada jumlah itu, 2,000 sudah digunakan.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam menafikan dakwaan yang pihaknya mengalami masalah kekurangan bekalan vaksin Rabies kerana masih mempunyai baki simpanan sebanyak 6,000 vaksin ketika ini.