Video Telur Jenama Klasik Yang Didakwa Diperbuat Daripada Plastik Adalah Telur Ayam Biasa

TULAR:
6518

SEBENARNYA:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada telur plastik seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dan siasatan mendapati telur berkenaan adalah telur ayam yang biasa.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, siasatan mendapati telur berkenaan adalah telur ayam yang biasa dan tidak mengandungi plastik seperti didakwa pihak tertentu.

Menurutnya, sepasukan pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai, Pulau Pinang sudah menjalankan siasatan ke atas premis yang dikaitkan dengan video berkenaan yang didakwa menjual telur mengandungi plastik.

Katanya, pemeriksaan mendapati tempat yang didakwa itu adalah ibu pejabat syarikat yang digunakan untuk membungkus dan menyimpan telur sebelum diedarkan sekitar Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama “klasik” keluaran Heap Soon Farming Sdn Bhd, yang didakwa netizen diperbuat daripada plastik, disahkan sebagai telur ayam.

DVS berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan susulan dan menjalankan siasatan ke ladang ayam penelur Heap Soon Farming di Trong, Taiping, Perak dan stor simpanan syarikat di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, susulan tular video telur jenama “klasik” yang didakwa oleh netizen diperbuat daripada plastik.

DVS sudah mengambil beberapa sampel telur jenama “klasik” keluaran Heap Soon Farming untuk dijalankan ujian pengesanan ketulenan, di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV), Sepang.

“Hasil keputusan ujian ke atas sampel telur tersebut dengan menggunakan kaedah PCR-RFLP mendapati DNA ayam dikesan dan menunjukkan ia adalah telur ayam,”

SUMBER:

Facebook Rasmi KPDNHEP

Harian Metro (KPDNHEP)

Harian Metro (DVS)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI