Waspada Pihak Yang Menawarkan Khidmat/ Program/ Pelaburan Berbayar Menggunakan Nama MDEC

TULAR:
6183

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC):

Kami telah dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat pelbagai rantaian pesanan yang ditularkan melalui WhatsApp dan media sosial daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dimana ia menawarkan khidmat dan/atau program dan/atau pakej pelaburan berbayar kepada orang ramai dengan menggunakan nama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kami ingin menegaskan bahawa MDEC tidak meminta sebarang bayaran daripada orang awam untuk menyertai program dan/atau aktiviti MDEC. MDEC juga tidak mempunyai sebarang hubungan, kaitan dan/atau urusan dengan khidmat dan/atau program dan/atau pakej pelaburan berbayar dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi MDEC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI