Video Tular Terminal Feri Langkawi Sesak Dan Perjalanan Tertunda Adalah Video Lama Pada 20 Ogos 2020

TULAR:
1288

Menurut Siaran Media Jabatan Laut Malaysia (JLM):

JLM merujuk kepada video yang tular di media sosial berkaitan dengan satu video berita keadaan Terminal Feri Penumpang Langkawi dan Kuala Perlis yang sesak dan perjalanan ditunda.

JLM ingin menjelaskan bahawa rakaman video yang tular dimana situasi di Terminal Feri Penumpang Langkawi dan Kuala Perli sesak, perjalanan tertunda adalah video berita stesyen televisyen yang telah disiarkan pada 20 Ogos 2020 dan bukannya pada 16 September 2021.

JLM ingin memaklumkan bahawa situasi terkini di Terminal Feri Penumpang di Langkawi dan Kuala Perlis adalah terkawal selaras dengan SOP gelembung pelancongan domestik yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 September 2021.

SUMBER:

Facebook Rasmi JLM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI