Warga Asing Memakai Gelang Pink Didakwa Berkeliaran Di Seksyen 7 Bukit Mahkota, Bangi Adalah Dalam Perjalanan Pulang Ke Kediaman

TULAR:
960

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang:

Pada 23 September 2021, jam 9 pagi, team task force dari Balai Polis Bangi telah sampai di lokasi di mana telah terima aduan orang awam berkenaan pemakai gelang pink sedang berlegar di luar kediaman. Tindakan team task force terus ke lokasi untuk mendapatkan maklumat.

Untuk makluman, mereka adalah pekerja di sebuah kilang, beralamat di Nilai Negeri Sembilan disahkan positif COVID-19 dan merupakan warga asing. Mereka telah menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik di Seksyen 7, Bukit Mahkota, Bangi.

Seramai (18) orang pekerja yang telah disahkan positif COVID-19 yang dipakaikan gelang pink dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka di alamat di Seksyen 7, Bukit Mahkota. Tarikh kuarantin adalah dalam tempoh dari 22 September sehingga 1 Oktober 2021.

Gambar-gambar yang ditularkan adalah selepas mereka dipakaikan gelang pink dari klinik dan berjalan menghala ke kediaman. Telah dimaklumkan kepada majikan mereka mengenai situasi dan diarah melakukan pemerhatian/ pemantauan terhadap pekerjanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Kajang

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI