Waspada Angin Baratan Kencang di Utara Sarawak dan Sabah dan di Utara dan Timur Semenanjung pada 8 hingga 12 Julai 2026

TULAR:
3

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Sarawak dan Sabah termasuk WP Labuan pada 8 hingga 10 Julai 2026 serta di utara dan timur Semenanjung pada 10 hingga 12 Julai 2026. Keadaan ini boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, Perairan Phuket dan Selat Melaka Utara. Ia juga berpotensi membentuk garis badai yang membawa cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh yang lebih panjang di kawasan terbabit.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI