Waspada Angin Kencang Dan Laut Bergelora

TULAR:
601

WASPADA:

Orang ramai khususnya dalam perindustrian perkapalan diminta berwaspada dengan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Sumber gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Menurut Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia :

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, timur laut Condore, utara Reef North dan utara Palawan sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, selatan Condore, selatan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sulu sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Tioman dan Labuan sehingga 1:00 pagi; Khamis, 9 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Sabah (Barat dan Timur) sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, P. Pinang, Kelantan, Terengganu, WP Labuan dan Sabah (Barat) sehingga sehingga 1:00 pagi; Khamis, 9 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER:

Jabatan Meteorologi Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI