Waspada Penjualan Topeng Muka Dalam Talian

TULAR:
1348

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan penjualan topeng muka dalam talian yang tidak wujud oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber gambar: depositphotos.com

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Sejak Disember tahun lalu, negara kita telah terdedah kepada penularan wabak penyakit Novel Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan orang ramai untuk mengambil pelbagai langkah pencegahan serta kawalan infeksi, di antaranya dengan menggunakan topeng muka terutamanya semasa berada di luar dan kawasan tumpuan orang ramai.

Ekoran daripada itu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan topeng muka dengan membuat pembelian dalam talian mahupun daripada orang persendirian. Sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka dalam talian yang tidak wujud.

Semak kesahihan dahulu dan ambil langkah dengan klik link di pautan portal SemakMule dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang dan jadilah pengguna yang bijak.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI