Waspada Tawaran Pekerjaan Kononnya Mendapat Maklumat Dari SPA

TULAR:
492

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA):

SPA menafikan telah memberi maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan. SPA juga tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menawarkan pekerjaan bagi pihak SPA.

SPA telah menerima aduan mengenai agensi yang menawarkan pekerjaan dalam platform WhatsApp yang membuat hantaran mesej kepada mangsa yang mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA. Terdapat kemungkinan wujud platform media sosial lain yang digunakan bagi menjalankan aktiviti yang sama.

SUMBER:

Facebook Rasmi SPA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI