Laman Web Mirip Bank Negara Malaysia Minta Maklumat Peribadi?

TULAR:

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan SMS yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dimana ia dihantar dengan pautan ke suatu laman web yang menyerupai laman web BNM dan meminta pengguna mengemaskini maklumat peribadi mereka sepertimana tular di media sosial.

 

Sumber gambar: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya berkata, ia tidak pernah menghantar sebarang SMS daripada 15888 yang mengatakan “Caj RM0.50 BNM, Bank Memberikan 3% Subsidi. http://www.mybnm.net/”. Pautan tersebut akan membawa kepada satu laman web palsu yang meminta pengguna mengemaskini dan mengesahkan identiti atau maklumat perbankan anda.

Bank tidak akan meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau mana-mana aplikasi mesej.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi BNMTELELINK di 1300-88-5465 atau e-mel [email protected] untuk melaporkan atau menyiasat mesej teks, e-mel atau mesej segera yang diterima yang berkaitan dengan Bank.

SUMBER :

Bank Negara Malaysia