Semua Bentuk Perkhidmatan Rawatan Terapi Ozon Diharamkan?

TULAR:
243

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kaedah perkhidmatan rawatan terapi ozon yang ditawarkan di klinik, salun kecantikan dan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Kementerian Kesihatan mengharamkan semua bentuk perkhidmatan rawatan terapi ozon yang ditawarkan di klinik, salun kecantikan dan pihak yang tidak berkelayakan.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkhidmatan tersebut perlu dihentikan serta-merta dan kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, pengharaman itu juga terpakai ke atas mesin terapi ozon yang digunakan untuk rawatan terapi.

SUMBER: 

Laman Facebook Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI