Tangki Air di Hadapan Kediaman MB Perak Sarang Nyamuk Aedes?

TULAR:

PENJELASAN:

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperjelaskan dakwaan bahawa kolam takungan air di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir adalah sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Sumber gambar: AFP.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, pihaknya telah membuat pemeriksaan dan mendapati tiada sarang pembiakan nyamuk aedes, dan hanya nyamuk jenis kacau-ganggu yang terdapat dalam tangki terbabit.

Menurutnya, kolam taku­ngan air tersebut sentiasa diselenggarakan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes dan pihaknya turut menyediakan jadual bersiri untuk meletakkan serbuk abate bagi membunuh jentik-jentik di kolam berkenaan.

SUMBER :

Bernama

Utusan