Terdapat Unsur Penipuan Dalam Kaedah Pengiraan Harga Minyak Mingguan?

TULAR:

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat unsur penipuan dalam kaedah pengiraan harga petrol dan diesel yang dibuat secara mingguan ketika ini sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Utusan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pengiraan dan penentuan itu dibuat mengikut beberapa formula yang ditetapkan termasuk mengambil kira purata harga minyak dunia dan kedudukan mata wang negara.

 “Perubahan harga minyak mingguan mengikut harga pasaran dunia, kalau hari ini harga minyak dunia turun, tidak semestinya esok kita akan turunkannya.

“Kita perlu lihat juga mata wang negara, kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal,” katanya.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Astro Awani