Anggota Bomba Sengaja Tidak Menanggalkan Kasut Sebelum Masuk Ke Rumah ?

TULAR:
612
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

PENJELASAN : 

Pihak Bomba memperjelaskan dakwaan bahawa anggota bomba sengaja tidak menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah orang awam untuk menangkap seekor ular sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah salah satu P.P.E (Personal Protecting Equipment ) kepada seorang penyelamat. Oleh hal demikian kebiasaanya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.

Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah. Jika menyelamatkan seekor kucing di yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.

SUMBER : 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI