Sindiket Pengeluaran Wang KWSP?

TULAR:
806

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan sindiket melalui paparan laman web yang mendakwa bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran simpanan lebih awal daripada kelayakan mereka, dengan menyediakan sijil yang diperlukan dengan meminta bayaran tertentu dari pemohon.

Gambar hiasan. Sumber : Mstar

Pihak KWSP mengingatkan pencarum supaya tidak terpedaya dan menjadi mangsa tipu helah sindiket tersebut. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, pihaknya mempunyai sistem yang komprehensif bagi memeriksa dan mengesan cubaan penipuan pengeluaran.

SUMBER :

Laman Rasmi KWSP

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI