Arab Saudi Larang TH Menguruskan Jemaah Haji Visa Furada ?

TULAR:
1095

PENJELASAN:

Lembaga Tabung Haji (TH) memperjelaskan kenyataan bahawa pada pihaknya tidak lagi dibenarkan oleh Kementerian Arab Saudi untuk menguruskan jemaah haji visa Furada (Persendirian) sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji, peratuan tersebut telah dikuatkuasakan oleh Kemenerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Peraturan itu juga turut dilaksanakan kepada semua negara-negara diberikan visa haji Furda.

Selain daripada pengeluaran kuota rasmi sebanyaka 30,200 yang diberikan kepada Malaysia, pihak kedutaan Arab Saudi juga turut mengeluarkan visa Furada kepada rakyat Malaysia secara individu d atas budi bicara. Pada lazimnya pemberian Visa Furada ini dikeluarkan pada peringkat akhir fasa penerbangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci.

Pada tahun-tahun sebelum ini, bakal jemaah haji yang menerima visa Furada bebas untuk memilih syarikat pelancongan bagi urusan haji di Tanah Suci, namun terdapat juga bakal haji visa Furada yang memohon untuk mengejarkan haji dengan TH.

Walaupun permohonan tersebut dibuat pada peringkat akhir, TH tetap berusaha untuk membantu seramai mungkin bakal jemaah haji visa Furada tertakluk kepada kekosongan penerbangan dan bilik penginapan di Tanah Suci serta kesediaan pihak Muassasah Asia Tenggara untuk menyediakan khemah di Arafah dan Mina.

Pada tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan untuk menempatkan jemaah-jemaah haji yang menggunakan visa Furada dari pelbagai negara di satu penempatan khemas khas yang berasingan daripada penempatan negara asal jemaah tersebut. Inisiatif ini diambil oleh kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi menguruskan jemaah haji visa Furada dengan lebihan tersusun.

Oleh yang demikian, pihak TH akur dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi demi menjamin keselamatan oleh keselesaan para jemaah haji sedia ada serta jemaah visa Furada yang datang dari seluruh dunia.

SUMBER:

Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI