Menteri Kewangan Dilarang Memasuki Negara China Susulan Arahan Serbuan Ke Atas Syarikat ECRL?

TULAR:
383

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa berikutan arahan kononnya dari Menteri Kewangan agar SPRM menyerbu syarikat China berkait ECRL, beliau kini dihalang untuk memasuki negara China.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan serbuan kepada SPRM, mahupun dihalang dari menyertai rombongan ke China.

“Saya tak pernah keluarkan arahan kepada SPRM serbuan kepada syarikat ECRL (dari China). (Tidak hadir pertemuan dengan China kerana tidak dibenarkan) tidak berasas. Pada hari Isnin(13 Ogos 2018) saya terpaksa berada di Senat untuk pastikan RUU terutama berkaitan SST dapat diluluskan kerana jika tidak diluluskan ia akan jejaskan hasil negara.”

SUMBER :

Sinar Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI