Kerajaan Negeri Halang Ibubapa Ambil Tindakan Kejadian Pelajar Melecur Ketika Amali Sains Di Sekolah?

TULAR:
941

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kerajaan negeri Perak menghalang ibubapa dari mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian beberapa pelajar sebuah sekolah di Sitiawan yang melecur ketika melakukan amali sains.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Exco Kerajaan Perak, Dr Abdul Aziz Bari, kerajaan negeri tidak pernah menghalang ibu bapa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak dalam isu empat murid sebuah sekolah di Sitiawan melecur ketika amali sains.

Katanya, kenyataan sebelum ini bahawa pihak sekolah menjalankan amali sains mengikut prosedur operasi standard (SOP), ia tidak bermaksud untuk menafikan hak ibu bapa menggunakan saluran undang-undang.

“Saya suka ingatkan bahawa kenyataan sebelum ini bukan menafikan hak ibu bapa dan saya percaya proses demokrasi dalam kerajaan baru ini akan terus disuburkan.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI