Harga Rumah Akan Meningkat Selepas Perlaksanaan SST?

TULAR:
423

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa harga rumah akan meningkat selepas perlaksanaan Cukai SST.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guang Eng, tekanan keatas harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial dijangka akan diringankan dengan pemansuhan GST dan pengecualian cukai SST. Kerajaan Persekutuan mengharapkan kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan daripada pengecualian cukai SST ke atas bahan-bahan mentah utama dan perkhidmatan pembinaan. Antara contoh-contoh bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah seperti simen, pasir dan besi.

Dengan cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada dikenakan SST dan kaedah implementasi cukai SST yang lebih baik berbanding GST, pihak pemaju dan pembeli harus mendapat faedah daripada pengurangan beban cukai ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI