Besi Sengaja Ditaburkan Di Jejantas Keretapi Salak, Sungai Siput?

TULAR:
315

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat besi yang sengaja ditaburkan di jejantas keretapi Salak, Sungai Siput yang kononnya merupakan taktik penyamun.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Pihak Polis menafikan penyebaran maklumat palsu yang meminta orang ramai berhati-hati ketika memandu kenderaan di jejantas kereta api Salak dekat Sungai Siput, kononnya terdapat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, sengaja menabur besi di lorong kiri jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Wan Jamil Wan Chik mengesahkan tiada sebarang laporan polis yang diterima berkaitan kejadian itu, malah pihaknya sendiri telah memeriksa lokasi tersebut.

SUMBER : 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI