Coklat Eyeglass With Candy Mengandungi Bahan Ramuan Daripada Babi?

TULAR:
1343

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya coklat Eyeglass With Candy mengandungi mengandungi bahan ramuan daripada babi.

Versi Terkini. Tular: Jun 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Dakwaan bahawa coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram adalah tidak benar.

Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera “free from pig’s products and its Derivatives”

Untuk makluman, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI