Klinik 1Malaysia Ditukar Klinik Komuniti Dan Tiada Penambahbaikan Yang Lain?

TULAR:
1780

PENJELASAN:

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad memperjelaskan dakwaan bahawa nama klinik 1Malaysia akan ditukar kepada Klinik Komuniti dan tiada penambahbaikan yang lain sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, nama Klinik 1Malaysia akan ditukar kepada Klinik Komuniti menjelang hujung tahun 2018.

Klinik itu juga bakal dinaiktaraf menerusi perkhidmatan farmasi, menambah jumlah keluasan dan memperbanyakkan khidmat rawatan lain.

Menurut beliau, pihak kementerian akan melakukan kajian audit mengenai bilangan klinik berkenaan sama ada perlu dikurangkan atau sebaliknya.

“Bagi klinik yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan iaitu tidak meraih bilangan pesakit iaitu 50 pesakit orang sehari, ia akan ditutup. Sebagai rumusan, kementerian akan mengkaji semula operasi klinik itu mengikut lokasi dan keberkesanan perkhidmatannya.”

SUMBER : 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI