Curi Plat Kenderaan Taktik Samun Terbaru?

TULAR:
419

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa berlakunya kejadian samun kenderaan dan culik dengan menggunakan taktik mencuri plat nombor kenderaan.

Gambar hiasan. Sumber : PDRM

SEBENARNYA :

Pihak Polis telah mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial yang mendakwa berlaku kejadian samun kenderaan dan culik dengan menggunakan taktik mencuri plat nombor kenderaan.

Menurut ACP Datin Asmawati Ahmad, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Bukit Aman, hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tidak berlaku kejadian seumpama itu yang dilaporkan setakat ini.

SUMBER :

Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI