Dakwaan Bahawa Pihak Polis Ada Mengeluarkan Amaran Berkenaan Pemberian Pelitup Muka Yang Disimbah Kimia Adalah Tidak Benar

TULAR:
582

SEBENARNYA:

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak telah terkesan satu mesej melalui aplikasi ‘Whatsapp’ yang tular baru-baru ini berkenaan pembahagian topeng percuma yang telah disiram bahan kimia yang boleh membuatkan seseorang sejuk dan tersungkur dan seterusnya dirompak.

PDRM Kontinjen Sarawak dengan ini mengesahkan bahawa mesej yang tersebar tersebut adalah palsu dan PDRM Kontinjen Sarawak tidak pernah mengeluarkan sebarang pemakluman seperti berikut.

Justeru, PDRM Kontinjen Sarawak juga menasihatkan orang ramai agar menghubungi mana-mana balai polis bagi mengesahkan kesahihan setiap berita sebelum dikongsikan dalam media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI