Waspada Dengan Mesej Sindiket Yang Menyamar Sebagai Institusi Kewangan

TULAR:
1813

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Taktik terkini penipuan dalam talian adalah dengan menghantar mesej yang menyerupai institusi kewangan kepada mangsa untuk mendapatkan maklumat perbankan dan membuat pemindahan wang.

Semak dengan teliti pautan dan laman yang diberikan sebelum mengisi sebarang maklumat kewangan anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI