Dakwaan Bahawa Vaksin Mempunyai Cip ID Adalah Tidak Benar

TULAR:
832

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara mengambil serius terhadap dakwaan pemilik akaun Facebook “Cik Notes” yang tular dan mengaitkan pemberian vaksin yang mempunyai Cip ID.

Berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin COVID-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan, serta Vaksin COVID-19 tidak mengandungi mikrocip seperti yang didakwa.

Senarai kandungan bahan dalam produk vaksin boleh dirujuk pada sisi pembungkusan produk melalui laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my) Main page > consumer > product search > product name .

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dengan menghebahkan kandungan berita tidak sah dengan tujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI