FELDA Tidak Melantik Mana-Mana Pihak Bagi Urusan Pendaftaran / Pembaharuan Vendor FELDA

TULAR:
451

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA):

Pengurusan FELDA mengambil maklum berkaitan satu iklan Perkhidmatan Bagi Pendaftaran Baharu/ Pembaharuan Pendaftaran Vendor FELDA di media sosial.

FELDA dengan ini menafikan sekerasnya bersetuju memberi kebenaran kepada mana-mana pihak mewakili FELDA dalam urusan tersebut.

FELDA menasihatkan semua vendor dan kontraktor untuk tidak menggunakan pihak ketiga yang tidak diiktiraf FELDA ini. FELDA juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin diakibatkan daripada perkhidmatan yang tidak sah tersebut.

Adalah ditegaskan, laman sesawang https://www.tenderwizard.my/ adalah satu-satunya saluran yang sah bagi pendaftaran vendor atau kontraktor FELDA.

Bagi sebarang permasalahan melibatkan urusan pendaftaran ini, vendor dan kontraktor boleh hubungi:

Bahagian Pengaktifan Akaun/ User ID/ Pembaharuan Sijil FELDA
03-2191 2161 / 2091 / 2312
[email protected]

SUMBER:

Facebook Rasmi FELDA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI