Dakwaan Caj Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan Kerajaan Akan Dinaikkan Adalah Tidak Benar

TULAR:
2025

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI