Pautan Untuk Menyemak Status Bantuan SARA RM200 Setiap Bulan Adalah Tidak Benar

TULAR:
568

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah PALSU.

Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita atau pautan yang tidak sah. MOF tidak memerlukan maklumat seperti nombor telefon anda bagi tujuan tersebut.

Sila rujuk kembali siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh diperoleh di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my.

Dalam pada itu, MyKasih Foundation turut mengingatkan orang ramai jika menerima sebarang mesej perkhidmatan ringkas (SMS)/ WhatsApp/ Telegram yang serupa dengan pesanan yang dipaparkan, jangan klik pada pautan tersebut dan kongsi maklumat peribadi.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF
Twitter Rasmi MOF
TikTok Rasmi MOF
Instagram MOF
Facebook Rasmi MyKasih Foundation


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI