Dakwaan Israel Bakal Jadikan Malaysia Sebagai Destinasi Pengecualian Visa Adalah Tidak Benar

TULAR:
276

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan Malaysia akan dijadikan destinasi pelancongan tanpa visa oleh Israel seperti hantaran di media sosial, menyifatkan tuduhan itu untuk mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas beliau dan kerajaan.

Beliau merujuk satu hantaran di laman X dengan tajuk Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa?.

Ia turut menyertakan tangkap layar akaun X Ahli Parlimen Israel, Danny Danon pada September 2023 yang menyiarkan gambar Saifuddin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Menurut Datuk Seri Saifuddin, kehadiran beliau di New York pada September tahun 2023 sebagai delegasi negara untuk ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada UNGA ke-78.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada perhimpunan negara-negara seluruh dunia itu, jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua delegasi yang hadir.

Untuk rekod, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, manakala pasport negara kita tidak boleh digunakan untuk perjalanan ke Israel kecuali dalam kes tertentu.

SUMBER:

Twitter Rasmi Menteri Dalam Negeri

Berita Harian

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI