Penjelasan Isu Discaj Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Dari IJN

TULAR:
501

Menurut Kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia:

Institut Jantung Negara (IJN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ Pusat Jantung KKM (sebagai contohnya Pusat Jantung Serdang). KKM mempunyai 10 hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan 7 termasuk mempunyai Perkhidmatan Surgeri Kardiotorasik.

KKM membayar kepada IJN untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan persekutuan yang diterima daripada Kementerian Kewangan (MOF). Oleh itu, untuk memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan discaj apabila keadaan mereka stabil ke Pusat-Pusat Jantung KKM yang lain.

Pusat Jantung KKM juga diuruskan oleh Pakar Kardiologi dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang bereputasi dan bertauliah.

KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit tidak terjejas termasuk pesara-pesara Kerajaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Kesihatan Malaysia

Twitter Rasmi Menteri Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI