Dakwaan Kononnya KPWKM Menyatakan Bantuan Bakul Makanan COVID-19 RM100 Cuma Bernilai RM35 Adalah Palsu

TULAR:
7470

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):

Kenyataan palsu telah di muat naik ke media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan harga bantuan bakul makanan yang diedarkan semasa PKP.

KPWKM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujud pengagihan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah seperti didakwa sesetengah pihak ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Jelas beliau, “Sebenarnya, isu yang dibangkitkan adalah jumlah (bantuan makanan) yang tidak mencukupi, konon jumlah yang diberi ada RM35 sahaja. Ada individu tertentu yang buat posting dalam media sosial masing-masing.

“Menteri (Rina) sudah maklumkan bahawa JKM menerima sumbangan dari NGO dan pelbagai pihak. Tetapi nilai dan kos sumbangan tidak ditetapkan, boleh jadi RM30, RM50 RM70, RM100, RM200 itu terserah. Menteri juga maklumkan, itu bukan bakul dari JKM.”

SUMBER:

Facebook Rasmi KPWKM

Facebook Rasmi JKM

Sinar Harian

RALAT (25 Mac 2020): Terdapat penambahan penafian daripada pihak JKM berkenaan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah. Sila rujuk pautan Facebook Rasmi JKM.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI