Waspada Terhadap Pihak Yang Cuba Mengambil Kesempatan Atas Perkembangan Terkini COVID-19 Untuk Melabur Dalam Skim Pelaburan Yang Tidak Sah

TULAR:
1553

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap mana-mana individu atau entiti yang cuba mengambil kesempatan atas perkembangan terkini Covid-19 untuk memperdaya mereka untuk melabur dalam skim pelaburan tidak sah.

SC juga memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melabur dalam bursa aset digital (DAX) yang tidak dibenarkan yang beroperasi di Malaysia, berikutan peningkatan bilangan pertanyaan dan aduan yang diterima oleh pengawal selia tersebut. SC telah memasukkan 12 lagi syarikat yang beroperasi tanpa lesen atau kebenaran SC di bawah senarai pantau atau Peringatan Pelabur di http://www.sc.com.my/investor-alert.

Pada masa ini, terdapat tiga Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang berdaftar bagi DAX, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd. Selain daripada tiga pengendali yang disebutkan di atas, tiada platform dalam talian lain yang ada sekarang dibenarkan oleh SC untuk menubuhkan dan mengendalikan DAX di Malaysia.

SUMBER:

Laman Rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI