Waspada Penipuan Urus Agihan Bantuan Yang Mengaku Wakil Dari Kerajaan Negeri Pahang

TULAR:
1050

Jangan terpedaya sekiranya ada orang mengaku jadi wakil Kerajaan Negeri selain dari Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK yang dilantik secara sah oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Bagi urusan bantuan, rakyat diminta untuk terus hubungi Pengerusi JKKK, Penghulu atau wakil pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN)/ Wakil Rakyat di kawasan masing-masing.

Hindari daripada memberi maklumat peribadi seperti no kad pengenalan, nombor akaun bank, no pin kad bank dan sebagainya.

Dapatkan kepastian daripada pihak seperti dinyatakan tadi yang telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam urusan pengagihan bantuan.

Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah melantik orang perseorangan selain yang disebut diatas untuk menjadi wakil.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI