Penjelasan Penyelarasan Aktiviti Saringan COVID-19 Di Pusat Perubatan UIA, (IIUM) Kuantan

TULAR:
1489

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Pahang:

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan ingin merujuk kepada penyelarasan perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang.

Adalah dimaklumkan bahawa penyelarasan perkhidmatan dilakukan susulan penularan kes COVID-19 kluster PUI Bali yang melibatkan pesakit dan kakitangan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan. Penyelarasan perkhidmatan dilaksanakn bertujuan untuk menjalankan aktiviti pembersihan dan nyahkuman secara berperingkat.

Pesakit-pesakit yang sedang dirawat telah dipindahkan ke hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang berhampiran setelah dipastikan bebas daripada jangkitan COVID-19. Rawatan pesakit pada masa kini disediakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sebagai langkah memastikan perkhidmatan pada masyarakat Kuantan terus disediakan.

Aktiviti saringan dalam kalangan kakitangan kesihatan juga dilaksanakan bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI