Rawatan Pesakit Kanser Ditangguhkan Kerana Faktor Lain Bukan Kerana Jangkitan COVID-19 Atau Hospital Tutup

TULAR:
1746

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hospital-hospital kerajaan menghentikan rawatan ke atas pesakit kanser berikutan jangkitan COVID-19.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata penangguhan rawatan tersebut berkemungkinan atas faktor lain.

Tegasnya, KKM komited untuk memastikan perkhidmatan terhadap rakyat akan terus diberikan.

“Tetapi untuk pesakit kanser, kita ambil darah dulu kalau darah memang menunjukkan memang tak sesuai untuk kita beri kemoterapi tersebut, mungkin kita tangguhkan.

“Jadi sebab kemoterapi atau rawatan ditangguhkan, mungkin sebab lain bukan sebab hospital tutup ataupun sebab jangkitan COVID-19.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI