PETRONAS Tidak Menutup Operasi Pelantar Di Malaysia

TULAR:
1998

Menurut kenyataan media PETRONAS:

PETRONAS menafikan laporan berita yang disiarkan pada tarikh 24 April bahawa ia menutup operasi 14 pelantar minyaknya dan 14 projeknya ditutup.

PETRONAS ingin menjelaskan bahawa pihak PETRONAS tidak menutup mana-mana pelantar, di luar pesisir Malaysia, selain daripada kempen penggerudian mereka atau berada dalam penangguhan sementara kerana wabak COVID-19 pada waktu ini. Sehingga 25 April 2020, 18 rig sedang beroperasi di perairan Malaysia.

PETRONAS juga ingin menjelaskan bahawa terdapat penangguhan sementara projek di beberapa tempat kerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Pada masa ini, kebanyakan projek telah beroperasi kembali atau akan disambung semula segera setelah mendapat persetujuan yang diperlukan daripada pihak Kerajaan.

PETRONAS berusaha untuk meminimumkan kesan terhadap program CAPEX domestik yang dirancangkan dalam menghadapi cabaran semasa.

Walau bagaimanapun, kami menjangkakan bahawa beberapa projek akan ditangguhkan secara semula jadi kerana penutupan berpanjangan yang dilaksanakan secara global dan PKP di Malaysia, dan gangguan selanjutnya yang dijangkakan pada rantaian bekalan global.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi PETRONAS

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI