Waspada Taktik ‘Scammer’ Mendapatkan Data Peribadi Dan Pembelian Barangan Dalam Talian Semasa PKP

TULAR:
5183

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan taktik scammer yang akan mendapatkan data serta maklumat peribadi ketika PKP.

Pengurus Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kota Bharu, Mohd Rizauddin Noor, berkata pihaknya menerima banyak aduan penipuan pembelian barangan secara dalam talian dalam sejak perlaksanaan PKP.

“Justeru itu, kita perlu berhati-hati apatah lagi dengan pelbagai bantuan yang diberikan pihak kerajaan kepada rakyat yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Rizauddin berkata, teknik atau modus operandi yang digunakan oleh scammer terlalu banyak bagi memperdaya atau menipu mangsanya dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai pihak berkuasa, pegawai bank, pegawai mahkamah serta agensi-agensi tertentu yang bertujuan untuk mengambil maklumat peribadi seseorang individu.

“Selain itu, dengan kemajuan teknologi, scammer ini juga bijak mencipta laman web palsu yang berselindung di sebalik agensi yang sah untuk menyaring maklumat maklumat peribadi dimasukkan pengguna dengan cara mudah tanpa disedari yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp mahupun email,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Kelantan pada tahun lalu, sebanyak 99 kes yang dilaporkan membabitkan Macau Scam dengan jumlah kerugian RM3.7 juta.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI