Dakwaan Makanan Yang Diberikan Kepada Pelajar Oleh Pihak USM Tidak Berkualiti Adalah Palsu

TULAR:
4761

SEBENARNYA:

Menurut Universiti Sains Malaysia (USM), pihak USM mengambil serius dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebar berita palsu dalam mana-mana platform media sosial dan sebagainya.

USM turut menyedari dan memandang serius penghinaan pelajar melalui media sosial yang mengatakan makanan yang diberi tidak berkualiti.

Dalam perkembangan sama, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro bahawa tindakan tersebut mendapat maklum balas warganet terutama dalam kalangan penuntut yang menafikan perkara itu kerana USM sudah tidak menggunakan bekas polisterina sejak beberapa tahun lalu.

Malah, gambar makanan yang dimuat naik individu berkenaan juga didakwa bukanlah foto asli, sebaliknya diambil daripada carian imej di Internet.

SUMBER:

Facebook Rasmi USM

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI