Waspada Dengan Individu Yang Menggunakan ‘Koperasi GC Berhad’ Untuk Mendapatkan Maklumat Peribadi Orang Ramai

TULAR:
827

Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya), sejak kebelakangan ini pihak Suruhanjaya mendapati terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan “Koperasi GC Berhad” sedang giat mengumpul dan mendapatkan maklumat peribadi orang ramai.

Berdasarkan semakan mendapati bahawa Koperasi GC Berhad tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 10B Akta Koperasi 1993 (Akta 502) mengenai larangan penggunaan nama “koperasi” dan lain-lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya.

Sehubungan itu, Suruhanjaya menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah memberikan sebarang maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi Suruhanjaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI