Kolej Imperia Nafi Abaikan Kebajikan Pelajar Yang Tinggal Di Rumah Sewa Sepanjang PKP

TULAR:
637

Menurut kenyataan Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP):

Pihak Kolej Imperia, Gambang di sini menafikan laporan sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam bahawa mereka mengabaikan kebajikan pelajar mereka yang terpaksa tinggal di rumah sewa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutifnya, Encik Maseri Salleh berkata, semenjak PKP pertama, pihak kolej telah menghantar bekalan makanan untuk kegunaan pelajar-pelajar itu.

Menurutnya, apabila PKP memasuki fasa kedua, pihak kolej masih membantu pelajar-pelajar itu dengan menghantar barangan keperluan kepada mereka.

“Konsep kami ialah semua barang tersebut dihantar ke sebuah rumah dan mereka akan bergerak menagihkan barang tersebut ke rumah rakan-rakan mereka yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini semalam.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI