Warga Emas Yang Ditemui Kelaparan Di Tepi Jalan Lipis Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Bukan Kerana Kelaparan

TULAR:
5172

Warga emas yang tular di laman sosial kerana ditemui terbaring dalam keadaan lemah di tepi jalan di Lipis, Isnin lalu (13 April 2020), disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata bedah siasat terhadap Lai Fah Kuen, 72, dilakukan di Hospital Kuala Lipis semalam (14 April 2020), bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kita berharap penjelasan ini menamatkan dakwaan kononnya lelaki itu meninggal dunia akibat kelaparan. Anggota kita telah membelikan bekalan makanan dan nasi untuk lelaki itu pada malam sebelum dia meninggal dunia.

“Malah, mayatnya juga ditemui oleh anggota polis yang sekali lagi datang ke rumah lelaki itu pada sebelah pagi keesokan harinya bagi menghantar sarapan dan memantau keadaannya.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI