Dakwaan Terdapat Beberapa Warganegara Asing Positif COVID-19 Di Perhentian Bas Melaka Sentral Adalah Tidak Benar

TULAR:
2222

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka ingin merujuk kepada satu rakaman suara dan gambar tular yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp berkenaan aduan terdapat beberapa warganegara asing berbangsa India yang positif COVID-19 di Perhentian Bas Melaka Sentral pada 24 Julai 2020.

Rakaman dan gambar yang tular adalah diambil secara rambang oleh individu yang tidak dikenali. Namun Jabatan ini ingin menjelaskan kandungan dalam rakaman suara tersebut adalah tidak benar. Penumpang terlibat adalah satu keluarga warganegara Malaysia pulang dari luar negara pada 23 Julai 2020 melalui Pintu Masuk Antarabangsa KLIA. Semua ahli keluarga disahkan negatif ujian COVID-19 semasa menjalani saringan kesihatan di KLIA dan telah mengikut prosedur operasi standard dalam perjalanan balik ke tempat tinggal bagi menjalani kuarantin di rumah.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih. Untuk makluman, laporan polis telahpun dibuat bagi menyiasat lanjut perkara ini.

SUMBER:

FB Rasmi JKN Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI