Tiada Penularan Wabak COVID-19 Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Di Tawau

TULAR:
2704

SEBENARNYA:

Pejabat Kesihatan Tawau menafikan kesahihan beberapa mesej tular di media sosial berkaitan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah di Tawau.

Mesej itu dipercayai mula tersebar sejak kelmarin berikutan seorang anggota Jabatan Penjara Tawau, yang disahkan positif wabak berkenaan Selasa lalu.

Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran berkata, semua teks tular itu tidak betul dan menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebarkan berita yang tidak sahih itu kerana ia mengundang panik dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, sebaik disahkan positif COVID-19 awal minggu ini, pihaknya segera melakukan ujian saringan kesihatan ke atas semua ahli keluarga penjawat awam berkenaan.

“Hasil keputusan ujian yang diperoleh mendapati semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak anggota terbabit negatif dan mereka menjalani dikuarantin di rumah manakala mangsa kini dirawat di wad hospital Tawau,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Tawau.

SUMBER:

Harian Metro
Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI