Had Laju Lebuhraya Akan Dinaikkan?

TULAR:
1149

PENJELASAN :

Pihak kerajaan memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan berhasrat untuk menaikkan had laju kebangsaan yang telah diwartakan sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber: bm.cari.com.my

Menurut Kementerian Kerja Raya, tidak ada cadangan untuk menaikkan had laju lebuhraya. Ia berikutan statistik kemalangan jalan raya yang masih tinggi dan implikasi kos untuk menaik taraf geometrik jalan raya yang terlibat.

“Penentuan had laju sesuatu jalan itu telah diwartakan dengan mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan.

“Walaupun terdapat lebuh raya di negara ini yang direka bentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j,” kata kementerian itu.

SUMBER: 

Sinar Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI