Jabatan Perangkaan Malaysia Tidak Pernah Mengeluarkan Statistik Berkaitan Pekerja Asing Tanpa Izin

TULAR:
5121

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM):

DOSM dengan ini menegaskan kenyataan yang sedang tular melalui media sosial dan termasuk aplikasi WhatsApp serta Telegram berkaitan statistik pekerja asing tanpa izin merupakan kenyataan palsu dan semua pihak diminta berhenti menyebarkannya serta merta.

DOSM telah mengeluarkan data awalan Statistik Tenaga Buruh (STB) bagi tahun 2019 pada 11 April 2020. Tenaga buruh Malaysia merekodkan 15.6 juta orang pada 2019 berbanding 15.3 juta orang pada 2018. Peningkatan tenaga buruh ini disumbangkan oleh penduduk bekerja seramai 297,400 orang. Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada 2019 adalah 68.7 peratus berbanding 68.3 peratus pada 2018. Oleh itu, 31.7 peratus lagi penduduk dalam kumpulan umur bekerja berada di luar tenaga buruh. Dapatan awalan STB 2019, statistik tenaga buruh mengikut kewarganegaraan adalah 13.3 juta orang warganegara dan bukan warganegara adalah 2.3 juta orang. Statistik tenaga buruh secara terperinci akan diterbitkan pada 29 April 2020.

DOSM tidak pernah mengeluarkan statistik berkaitan pekerja asing tanpa izin. Orang awam boleh mendapatkan statistik rasmi melalui portal DOSM atau media sosial DOSM.

SUMBER:

Facebook Rasmi DOSM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI