Tiada Laporan Kegagalan Makmal Ujian COVID-19 Berfungsi Di Hospital Umum Sarawak

TULAR:
1851

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan makmal ujian COVID-19, di hospital umum Sarawak tidak berfungsi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang makluman mengenai kegagalan makmal ujian COVID-19 berfungsi di Sarawak.

Setakat ini, katanya terdapat tiga makmal ujian COVID-19 di Sarawak, masing-masing satu di hospital umum, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sibu, selain dua lagi kemudahan berkenaan dijangka dibuka di negeri itu.

“Kalau makmal ada masalah (untuk menjalankan ujian COVID-19) kita akan gunakan sumber luar di makmal swasta.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI